Keahlian dan kekuatan Harimau_Pembebasan_Tamil_Eelam

Terdapat lebih 10,000 pengganas bersenjata di Sri Lanka dan 5,000 kader terlatih yang disokong oleh jaringan bantuan kewangan di seluruh dunia bagi membiayai pembelian senjata dan operasinya. Dana kewangan daripada penyeludupan dadah, perdagangan manusia, kegiatan mengklon kad kredit dan pengedaran cakera padat digital (DVD) Tamil di seberang laut.

Dana ini membolehkan mereka mempunyai cawangan udara, di samping pasukan laut bersenjata dikenali sebagai Sea Tigers, yang dilengkapi kapal pengebom berani mati. Kapal jenis ini dipercayai telah memusnahkan sekurang-kurangnya 30 bot tempur Sri Lanka.

Mereka mendapat sokongan moral, material dan kewangan dari masyarakat Tamil yang menetap di Barat setelah menjadi orang pelarian semasa memuncaknya konflik bersenjata di tanah tumpah darah mereka.

Contoh terbaru ialah tunjuk perasaan kaum Tamil Eelam di London pada 19 April 2009.

Pada 20 April 2009, dalam sidang akhbar di Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka, Setiausaha Hal Ehwal Luar Sri Lanka, Dr Palitha T. B. Kohona menyatakan LTTE mendapatkan dana dari rakyat Malaysia dan senjata dari sempadan Malaysia - Thailand. Seorang lelaki Tamil Sri Lanka K.T. Pathmanathan, mengumpul senjata bagi LTTE dan senjata yang dibelinya dimuatkan ke dalam kapal di Asia Tenggara untuk dihantar ke Sri Lanka. Sering ke Malaysia dan Selatan Thailand beberapa kali dengan menggunakan pelbagai nama samaran. Mereka mudah bolos kerana raut wajah yang serupa. [3]